Saturday, December 26, 2009

Sri Kenangan









Tanggal 18.12.2009(PERKIM Cawangan Sibu) telah membuat lawatan ke rumah orang tua Sri Kenangan di Sibu. Tujuan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara insan warga emas dengan masyarakat luar.Menurut Pusat ini mereka sentiasa mengalu-alukan lawatan dan sumbangan seumpamanya daripada pihak luar supaya warga tua yang tinggal di situ tidak berasa terasing dan dilupakan oleh masyarakat. JKK Publisiti merakam bebrapa gambar orang-orang tua dan berpeluang juga merakam mereka menari poco-poco 'ala kadar'. Agak lucu melihat telatah mereka sanggup naik ke pentas menari tak perlu diundang. Agaknya mereka ketika muda memang dah ada pengalaman menari, bukan poco2 tetapi ago-ago.

Pada hari lawatan tersebut kami berpuas hati melihat keadaan dan tempat mereka. Semua cukup termasuk tempat beriadah, gym khas untuk warga tua. Apa yang kami nampak keadaan sekeliling atau kawasan begitu bersih sekali, dapur dan dewan makan begitu teratur dan bersih. Kedatangan rombongan kami (PERKIM) memberi reaksi yang ceria diwajah mereka. Kami mendengar 'bell' dicanang beberpa kali menunjukkan ada pelawat yang datang. Mereka berpusu-pusu datang sambil mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka sungguh berdisiplin. Kami difahamkan mereka tidak 'kesunyian' kerana rumah Sri Kenangan menjadi tumpuan lawatan kepada sesiapa yang ingin melawat.

Setiap bermula akan berakhir. Hampir pukul lima petang kami bersurai sambil melambai-lambai tangan kearah mereka menandakan lawatan kami sudah berakhir.

Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.

Sekian

Wassalam

Suntingan: JKK Publisiti

Friday, July 17, 2009

LAWATAN KE HOSPITAL SIBU

AKTIVITI PERKIM (KEBAJIKAN)

Lawatan AJK PERKIM Cawangan Sibu Ke Hospital Sibu Bahagian Wad Kanak-kanak Pada 12-7-2009 Jam 2.30 petang

Gambar menunjukkan Ketua Kebajikan Puan Hajah Rokiah Rapaee bersama Pengerusi PERKIM Cawangan Sibu Datin Hajah Sh. Zaidah Syed Abdul Aziz dan AJK yang lain.





(Gelagat kanak ini mencuit hati kami semua)

Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti PERKIM Cawanagn Sibu untuk tahun 2009.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk:

Menceriakan kanak-kanak yang terlantar sakit di wad berkenaan;
Menjalinkan hubungan silaturahim antara ahli PERKIM dengan para pesakit di hospital bahagian Sibu; dan
Menyelami serta berkongsi penderitaan yang sedang dialami oleh pesakit.

Program ini telah berjalan dengan lancarnya dan sejumlah 60 bungkusan telah disampaikan oleh ahli PERKIM semasa lawatan berkenaan. Pihak PERKIM terutamanya yang mengikuti program ini amat teruja dan gembira dengan sambutan mesra yang telah diberikan oleh pihak hospital. Semoga aktiviti murni ini menjadi ikutan bagi badan-badan kebajikan yang lain.



Daripada: AJK Publisiti
Cawangan Sibu.

Saturday, May 16, 2009

Alfatihah - Datuk Amar Puan Sri Hajah Dr. Laila Taib (Pengerusi PERKIM Sarawak)


Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Wanita Perkim, Datuk Amar Puan Sri Hajah Dr. Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kembali ke rahmatullah di kediamannya di Demak Jaya, Kuching, jam 3.45 petang pada 29 April 2009 bersamaan 4 Jamadilawal 1430H. Almarhumah, 68, meninggalkan empat orang anak, Jamilah, Mahmud, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 orag cucu.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena pemergian Naib Yang Dipertua merangkap Ketua Wanita Perkim, Allahyarhamah Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib ke rahmatullah pada 29 April lalu pada 15.5.2009 jam 2.30 petang hari jumaat. Turut hadir Pemanca Hajah Sharifah Mariam Syed Junaidi, Datin Hjh. Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi Tetap Cikgu Hajah Ramlah Dawi, Pengerusi bahagian Dakwah Perkim Puan Hajah Sharifah Halimah Tuanku Fauzi dan ahli-ahli Perkim yang lain. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solehah.



Antara hadirin muslimah Wanita Perkim Cawangan Sibu hadir untuk menghadiahkan bacaan Yasin dan tahlil kepada Allahyarhamah.



Suntingan: JKK Publisiti

Thursday, March 05, 2009

Bersama RTM Sarawak - Progam Diarinita



[Teks di bawah dibaca oleh Setiausaha Pn. Fatimah @ Rosaline De Rozario]

Assalamualaikum dan salam sejahtera……

"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DIARINITA kerana telah memberi peluang kepada saya selaku Setiasuaha PERKIM Cawangan Sibu mewarwarkan aktiviti-aktiviti yang telah dan yang akan dijalankan oleh PERKIM.
Pada 18 Januari 2009 bersamaan 21 Muharam 1430H, Perkim Cawangan Sibu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-17. Pemilihan jawatankuasa baru telah berjaya dijalankan dan tahniah diucapkan kepada Datin Hajah Sharifah Zaidah kerana sekali lagi diberi kepercayaan memegang jawatan Pegerusi Perkim Cawangan Sibu. Saya Fatimah Hj Mohd. Logie Shafrie telah dilantik menjadi setiausaha baru. Ketua-ketua ahli jawatankuasa yang kecil juga telah menubuhkan AJK masing-masing.

Seterusnya Aktiviti Pada 8 Februari 2009

Pada 8 Februari Majlis Kesyukuran juga telah diadakan di Rumah PERKIM Cawangan Sibu bersempena menyambut Hari PERKIM.
Program dimulakan dengan membaca Yassin yang diketuai oleh Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz.
Pada hari yang sama Jawatankuasa kecil Sosial dan Riadah telah mengadakan demonstrasi membuat jelly buah-buahan yang diketuai oleh Puan Hajah Aminah Amat selaku Ketua Sosial dan Riadah.

JKK Pendidikan Perkim Cawangan Sibu pula pada 7 Mac 2009 akan mengadakan Ceramah MAWADAH atau nama penuh : Masyarakat Wanita Anti Dadah. Tujuan diadakan ceramah ini untuk memberi kesedaran dalam kalangan ahli tentang bahaya dadah kepada pembangunan ummah dan juga peranan kaum ibu mendidik/menangani sikap membenci dadah dalam kalangan anak-anak.

Encik Awang Ehsan – Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Sibu telah dijemput untuk menyampai ceramah tersebut.

Ceramah ini terbuka khususnya untuk Ahli-ahli PERKIM, Pertubuhan-pertubuhan lain dan NGO-NGO lain.

Semua Ahli PERKIM Cawangan Sibu dijemput hadir pada hari Perarakan Mauludir Rasul jam 6.30 pagi pada 9 Mac bersamaan 12 rabiulawal. Semua diminta berpakaian seragam PERKIM.

Pada 14 Mac 2009, Majlis Ceramah sempena Maulidur Rasul akan diadakan di Masjid Darul Halim di Kpg Bahagiajaya, Teku jam 1.30 petang. Semua ahli PERKIM dijemput hadir dan termasuk orang-orang di kampung berkenaan"


Sekian laporan dari PERKIM Cawangan Sibu. InsyAllah kami akan melaporkan aktiviti2 yang akan menyusul kemudian dari semasa ke semasa. Terima kasih.


Suntingan : Pengerusi AJK Publisiti

(Teks di atas telah ke udara di RTM Sarawak dalam program Diarinita Hari Khamis 5 Mac Jam 10.00 pagi)

Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKIM


Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari PERKIM bertempat di rumah PERKIM Jalan Awang Ramli Amit Sibu.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk mengabadikan semula tanggal 8 Februari 1903 tarikh kelahiran Putera Diraja Negeri Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga dijadikan sempena Hari PERKIM.

Almarhum Tunku Abdul Rahman tercatat sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan juga “Bapa PERKIM”, Pertubuhan yang diasaskan di kediaman rasmi Almarhum, di Jalan Tunku Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960, tiga tahun selepas kemerdekaan Negara Malaysia.

Majlis Hari PERKIM ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz selaku Pengerusi PERKIM Cawangan Sibu. Turut hadir Timbalan Pengerusi Puan Hajah Khairiah Haji Ibrahim, Setiausaha Kehormat Puan Rosaline De Rozario, Penolong Setiausaha Kehormat Puan Jamelah Imit, Bendahari Kehormat Puan Fatimah Haji Narawi dan Ahli-ahli Majlis jawatankuasa kecil. Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin.















Majlis Kesyukuran telah diadakan di Rumah PERKIM Cawangan Sibu sempena menyambut Hari PERKIM.

Program dimulakan dengan membaca Yassin yang diketuai oleh Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz.
















Untuk mengenang jasa baik khidmat bakti orang lama dalam Perkim, tiga orang ahli Perkim telah menerima cenderahati. Mereka ialah Pemanca Hajah Sharifah Mariam Syed Junaidi, Cigku Hajah Ramlah Dawi dan Hajah Sharifah Aminah Syed Junaidi


Aktiviti Pertama (2009) Daripada AJK Sosial & Riadah Yang Diketuai Oleh Hjh Aminah Amat














Selain menyambut hari PERKIM, JKK Soaial dan Riadah mengambil kesempatan mengadakan demonstrasi membuat jelly buah-buahan.





Serbuk Jelly Konnayaku perisa buah-buahan (Boleh didapati di Ta Kiong Emporium)








Sebelum





Selepas








Sebelum bersurai kita minum duluuuu.








Slurpppp..... sodapnyeee....

















Setiap yang bermula akan berakhir, yang patah akan tumbuh dan hilang akan berganti.

Sekian, kita akan berjumpa lagi di masa akan datang insyaAllah.

Laporan & Suntingan:

AJK Publisiti

Tuesday, February 17, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 17 - 2009



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdullillah.....sekali lagi Mesyuarat Agung Tahunan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Januari 2009 bersamaan 21 Muharram 1430H jam 2 petang di Hotel Premier, Sibu.

Seramai 125 orang ahli PERKIM hadir pada mesyuarat tersebut. Setiap 2 tahun sekali kita mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru. Turut dipertandingkan jawatan Pengerusi dimana sebelum ini diterajui oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz yang bermula pada tahun 2007 hingga 2008. Tahun ini jawatan Timbalan Pengerusi menang tanpa bertanding. Jawatan pergerusi ditandingi oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz dan lawannya ialah Puan Hajah Raden Siti Noralam Raden Ibrahim. Datin Hajah Sharifah Zaidah memperolehi 82 undi manakala Hajah Raden Siti Noralam mendapat 40 undi. 3 undi rosak.

SENARAI AHLI MAJLIS UNTUK SESI TAHUN 2009 - 2010

PENGERUSI

Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Binti Syed Abdul Aziz

PENGERUSI TETAP

Pemanca Hajah Sharifah Mariam Binti Syed Junaidi

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Cikgu Hajah Ramlah Binti Dawi

TIMBALAN PENGERUSI

Puan Hajah Khairiah Binti Haji Ibrahim

SETIAUSAHA KEHORMAT

Puan Fatimah binti Haji Logie @ Rosaline De Rozario

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

Puan Jamelah Binti Imit

BENDAHARI KEHORMAT

Puan Fatimah Binti Haji Narawi

SENARAI AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KECIL

Hajah Sharifah Halimah Binti Tuanku Fauzi : Dakwah
Hajah Rokiah Binti Rapa'ee : Kebajikan
Hajah Fatimah Halalah Binti Dawi : Pendidikan
Hajah Sharifah Fatimah Binti Wan Hamid : Kutipan Derma & Jamuan
Hajah Aminah Binti Amat : Sosial dan Riadah
Wylia Binti Haji Awi : Penerbitan & Publisiti

Tahniah kepada semua anggota majlis yang dipilih. Semoga yang dilantik dapat
bekerjasama di antara satu sama lain dan sentiasa menaruh dalam minda cogankata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.

Salam hormat AJK: Pengerusi Penerbitan & Publisiti

Wednesday, January 30, 2008

Thursday, January 10, 2008

MA'AL HIJRAH - MENJANA UMMAH GEMILANG



Kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah, wanitaperkimsibu mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH. Semoga Allah mengurniakan kita kesihatan yang baik untuk beramal, bertambah rezeki, dipertingkatkan IMAN, berbahagia, berjaya di dunia dan akhirat. Semoga tahun baru hijrah ini juga membawa kebaikan, keberkatan kepada kita, keluarga kita dan semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga umat Islam dan negara Islam akan lebih berjaya! InsyaAllah.

DO'A AKHIR TAHUN

Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

DO'A AWAL TAHUN

Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

Ma'al Hijrah means Migration

Ma’al Hijrah, which is also called Awal Muharram, is an important day for muslim. It falls on the first day of Muharram on every Muslim calender year, which is the first day on muslim calender.The meaning of Ma’al Hijrah in English is migration. On this day, Muslim remember Nabi Muhammad S.A.W migrate from Mekkah to Madinah on the year 622 A.D. Besides, Ma’al Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement. Awal means begining in English and Muharram is the first month of muslim calender. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the new year for all Muslim.This day has became an important religious day for all muslim. All the mosque will have solat sunat.


Salam Hormat


WanitaPERKIM Sibu

Wednesday, March 21, 2007

Mesyuarat Agung Tahunan - 2007


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM CAWANGAN SIBU
KE – 15 /2007

Bismillahhirrahmannirrahhim

Assalamualaikum wbt

Tanggal 28 Januari, 2007 bersamaan 9 Muharam 1428H sekali lagi Perkim Cawangan Sibu dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke15 bertempat di Hotel Premier, Sibu.

Berikut adalah nama-nama perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa Kecil PERKIM Cawangan Sibu bagi Tahun 2007 - 2008

Pengerusi
Datin Hjh. Sh. Zaidah Syed Abd. Azz

Timbalan Pengerusi
Hajah Khairiah Haji Ibrahim

Setiausaha Kehormat
Ta’siah Bte. Ibrahim

Penolong Setiausaha
Hajah Aminah Amat

Bendahari Kehormat
Hashimah Bte Rashid

Pengerusi JKK Pendidikan
Hjh Fatimah Halalah Bte. Dawi

Pengerusi JKK Dakwah
Hjh. Sh. Aminah Syed Junaidi

Pengerusi JKK Kebajikan
Hjh. Raden Siti Noralam Bte. Raden Ibrahim

Pengerusi JKK Kutipan Derma
Hjh. Sh. Fatimah Hj. Wan Hamid

Pengerusi JKK Sosial & Riadah
Fatimah Bte. Hj. Narawi

Pengerusi Penerbitan & Publisiti
Salemah Bte. Chali

AJK Tugas-Tugas Khas
Wylia Bte. Haji Awi

Pengerusi Tetap - Pemanca Hjh. Sh. Mariam Syed Junaidi

Pen. Pengerusi Tetap - Hajah Ramlah Dawi


Semoga urusan yang dipertanggungjawabkan dapat dipikul dengan sempurna, berkeyakinan dan bijaksana, insyaAllah.


“Islam Itu Persaudaraan”

Tuesday, March 22, 2005

Sejarah Penubuhan PERKIM Cawangan Sibu

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu telah dirasmikan penubuhannya pada 19 Oktober 1989 bertempat di Dewan Suarah Sibu. Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PERKIM bahagian Sarawak, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri (Dr.) Hajah Laila Taib.

Memandangkan pertubuhan ini belum mempunyai pejabat yang tetap, pengerusi PERKIM ketika itu iaitu Cik Hajah Sh. Aminah Syed Junaidi atas izin bonda beliau iaitu Pemanca Hajah Sharifah Rehanah Tuanku Haji Razali telah bersetuju supaya rumah kediaman mereka di No. 56. Jalan Kampung Dato Sibu dijadikan pusat aktiviti PERKIM Cawangan Sibu.

Setelah hampir 3 tahun penubuhannya, pejabat dan pusat aktiviti PERKIM cawangan Sibu telah dipindahkan pula ke Bangunan PBB Jalan Bandong Sibu pada tahun 1992. Cadangan untuk berpindah ke bangunan PBB ini telah dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa ketika itu memandangkan jumlah ahli dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan memerlukan tempat yang lebih besar dan lebih sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang semakin mendapat sambutan daripada ahli-ahli dan juga masyarakat setempat. Kadar bayaran (sewa) yang dikenakan oleh pihak PBB adalah sebanyak RM300.00 setahun.

Meskipun bangunan PBB dianggap sesuai untuk dijadikan pusat aktiviti PERKIM Cawangan Sibu, namun disebabkan tiada ruang khas untuk dijadikan pejabat, urusan pentadbiran pejabat tidak dapat dilakukan di bangunan berkenaan. Masalah juga timbul apabila ada kalanya aktiviti atau kelas-kelas yang telah dijadualkan terpaksa ditunda disebabkan tarikh dan masa perlaksanaannya bertembung dengan program rasmi pihak parti PBB sendiri. Oleh yang demikian pada tahun 2001, Jawatankuasa PERKIM Cawangan Sibu mengemukakan permohonan kepada Residen Bahagian Sibu untuk mendapatkan sebuah Rumah Kediaman Kerajaan (kuarter) untuk dijadikan pejabat sementara.

Pada tahun 2003, berkat usaha semua pihak ahli jawatankuasa yang disokong oleh Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri (Dr.) Hajah Laila Taib, Tuan Residen Bahagian Sibu telah bersetuju memperuntukkan secara sementara sebuah rumah kediaman kerajaan di No.1, Jalan Awang Ramli Amit Sibu sebagai rumah PERKIM Cawangan Sibu. Upacara perasmian rumah PERKIM Cawangan Sibu telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri (Dr.) Hajah Laila Taib pada 20 April 2002. Dengan adanya pejabat sendiri, kini semua urusan pentadbiran dan sebahagian besar aktiviti PERKIM Cawangan Sibu telah dilaksanakan di rumah ini.

Ehsan dari Pejabat PERKIM Sibu.

Tujuan Penubuhan

Dapat dilihat pada lima aspek penting

(Perkara 5 Perlembagaan PERKIM )

1. Dakwah

Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan Bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

2. Pelajaran

Memberi, mengadakan, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan Agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

3. Kebajikan

Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin susah dan daif.

4. Kerjasama Dalam Bidang Agama

Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain.

5. Lain-lain

Menjalankan kegiatan-kegiatan lain demi kepentingan dan kemajuan agama Islam.




(Ehsan dari Pejabat PERKIM Cawangan Sibu)

Rumah PERKIM Cawangan Sibu

Rumah PERKIM Cawangan Sibu Yang Pertama (19 Oktober 1989 hingga 1992). Rumah ini merupakan rumah kediaman mantan Pemanca Daerah Sibu, Allahyarhamah Datuk Paduka Hajah Sharifah Rehanah Tuanku Hj. Razali yang terletak di No. 56, Jalan Kampung Dato Sibu.



Rumah PERKIM Cawangan Sibu Yang Kedua (1992 hingga 20 April 2002). PERKIM Cawangan Sibu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang semakin mendapat sambutan daripada masyarakat setempat di bangunan PBB Jalan Bandong Sibu.



Rumah PERKIM Cawangan Sibu Yang Ketiga (Dirasmikan pada 20 April 2002 dan digunakan hingga sekarang). Rumah Kediaman Kerajaan di No.1 Jalan Awang Ramli Amit yang telah diperuntukkan secara sementara oleh Pejabat Residen Bahagian Sibu untuk dijadikan pejabat dan pusat aktiviti PERKIM Cawangan Sibu.

Ehsan dari Pejabat PERKIM Cawangan Sibu

PENUBUHAN dan TUJUAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
( P E R K I M )
Pertubuhan ini yang terdiri daripada Pusat, Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan hendaklah satu-satunya atau terkumpul yang dahulunya dinamakan

Pertubuhan Kebajikan Islam Se Malaya

atau

All Malaya Muslim Welfare Organisation

adalah dinamakan

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

Yang diringkaskan dan disebut sebagai

P E R K I M


(Penubuhan dan tujuannya dijelaskan dalam
Bab 1 Perlembagaan PERKIM. Perkara 1)




Ehsan dari Pejabat PERKIM, Cawangan Sibu.