
[Teks di bawah dibaca oleh Setiausaha Pn. Fatimah @ Rosaline De Rozario]
Assalamualaikum dan salam sejahtera……
"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DIARINITA kerana telah memberi peluang kepada saya selaku Setiasuaha PERKIM Cawangan Sibu mewarwarkan aktiviti-aktiviti yang telah dan yang akan dijalankan oleh PERKIM.
Pada 18 Januari 2009 bersamaan 21 Muharam 1430H, Perkim Cawangan Sibu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-17. Pemilihan jawatankuasa baru telah berjaya dijalankan dan tahniah diucapkan kepada Datin Hajah Sharifah Zaidah kerana sekali lagi diberi kepercayaan memegang jawatan Pegerusi Perkim Cawangan Sibu. Saya Fatimah Hj Mohd. Logie Shafrie telah dilantik menjadi setiausaha baru. Ketua-ketua ahli jawatankuasa yang kecil juga telah menubuhkan AJK masing-masing.
Seterusnya Aktiviti Pada 8 Februari 2009
Pada 8 Februari Majlis Kesyukuran juga telah diadakan di Rumah PERKIM Cawangan Sibu bersempena menyambut Hari PERKIM.
Program dimulakan dengan membaca Yassin yang diketuai oleh Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz.
Pada hari yang sama Jawatankuasa kecil Sosial dan Riadah telah mengadakan demonstrasi membuat jelly buah-buahan yang diketuai oleh Puan Hajah Aminah Amat selaku Ketua Sosial dan Riadah.
JKK Pendidikan Perkim Cawangan Sibu pula pada 7 Mac 2009 akan mengadakan Ceramah MAWADAH atau nama penuh : Masyarakat Wanita Anti Dadah. Tujuan diadakan ceramah ini untuk memberi kesedaran dalam kalangan ahli tentang bahaya dadah kepada pembangunan ummah dan juga peranan kaum ibu mendidik/menangani sikap membenci dadah dalam kalangan anak-anak.
Encik Awang Ehsan – Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Sibu telah dijemput untuk menyampai ceramah tersebut.
Ceramah ini terbuka khususnya untuk Ahli-ahli PERKIM, Pertubuhan-pertubuhan lain dan NGO-NGO lain.
Semua Ahli PERKIM Cawangan Sibu dijemput hadir pada hari Perarakan Mauludir Rasul jam 6.30 pagi pada 9 Mac bersamaan 12 rabiulawal. Semua diminta berpakaian seragam PERKIM.
Pada 14 Mac 2009, Majlis Ceramah sempena Maulidur Rasul akan diadakan di Masjid Darul Halim di Kpg Bahagiajaya, Teku jam 1.30 petang. Semua ahli PERKIM dijemput hadir dan termasuk orang-orang di kampung berkenaan"
Sekian laporan dari PERKIM Cawangan Sibu. InsyAllah kami akan melaporkan aktiviti2 yang akan menyusul kemudian dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Suntingan : Pengerusi AJK Publisiti
(Teks di atas telah ke udara di RTM Sarawak dalam program Diarinita Hari Khamis 5 Mac Jam 10.00 pagi)
2 comments:
assalamualaikum,Saya Puan Nasyitah Abdullah Pengerusi Urusetia Saudara kita Bahagian Sibu,menjemput 10 orang Saudara kita yang menjadi ahli Perkim untuk menyertai majlis silaturahim Saudara kita pada 4.april 2009,di dewan MUC yang akan di rasmi kan Oleh YB Datuk Hj.Daud Abdulrahman.dan mohon emailkan senarai nama peserta ke email kami,: Usksibu@yahoo.com
jemput melawat blog kami: www.usksibu.blogspot.com
Wa'alaikummusalam. Terima kasih atas jemputan Puan Pengerusi. Saya akan usahakan secepat mungkin dan akan memberi jawapan selepas mendapat jawapan dari Puan Pengerusi PERKIM Bahagain Sibu.
Semoga sukses sellau.
Post a Comment