Thursday, February 09, 2012

Tanjung Manis

Dari Kampung Rajang ke Tanjung Manis kita singgah ke teratak Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS). 

Bangunan pejabat yang PPWS  sekarang merupakan ihsan daripada Pengurus Besar Perbadanan Pemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA). PPWS menjadikan bangunan ini sebagai pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program.

Sekitar tahun 90-an, Tanjung Manis telah dibangunkan menjadi sebuah kawasan industri perkayuan yang utama di Sarawak. Semenjak itu, ia semakin berkembang. Pada tahun 2000, secara rasminya, kawasan ini telah diiktiraf sebagai Bandar Baru Tanjung Manis. Ia diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Pada hari lawatan kami ke Tanjung Manis kami berpeluang belajar membuat kuih onde dan putu mayam.  Satu lagi ilmu yang kami perolehi. Terima kasih atas tunjuk ajar saudari Siti Abet. 

Tepat jam 3 petang kami barangkat balik ke Sibu. Kami sempat mengambil foto untuk kenang-kenangan dan mempelawa ahli-ahli PPWS untuk membuat lawatan ke Sibu.  Jom mari kita download gambar2 dan tengokla sendiri.

Pejabat PPWS Tanjung Manis



  Cenderahati untuk kenanngan









 Putu Mayam in green



 Trial


 Memerhati cara membuat putu mayam


 The sleeping beauty

 Onde yang belum di bakar

 Sesi TidoPetang


 Kuih Onde

 Salin resepi
Group foto untuk kenangan

Sekian, dan jumpa lagi.

Suntingan: Pengerusi JKK Publisiti


Thursday, February 02, 2012

Kampung Rajang

Dari Kampung Belawai pada hari yang sama 15.1.2012, rombongan kami berangkat ke Kampung Rajang hanya memakan masa kurang dari 15 minit. Jalan Raya yang yang dahulunya berpasir dan batu-batu kecil kini berubah wajah, seperti jalan raya di bandar besar.  Terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana memudahkan segala-galanya. 

Alhamdullilah kami sampai ke kampung Rajang dan singgah ke Masjid untuk menunaikan solat zohor. Tepat jam 1.30 petang kami berangakat ke Rumah Tenunan Songket yang tidak jauh dari masjid. Kami ditemani wanita PPWS Kampung Belawai dan begitu meriah sekali.

Kumpulan Tenun Songket Rejang telah ditubuhkan pada 24.4.1991. Penubuhan kumpulan tenun adalah bertujuan untuk mengetengahkan dan mempromosikan kesenian tersebut di samping mengekalkan kesinambungan seni tenun yang hampir dilupa.  Difahamkan mereka dapat bimbingan /perhatian daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).  Syabas kepada badan tersebut.  Semoga Tenunan Songket ini terus maju/berkembang dari masa ke semasa...insya-Allah.

Gambar sewaktu kami di Rumah Tenunan Rejang.



























Sekian.

Suntingan : Pengerusi JKK Publisiti
                    Perkim Cawangan Sibu.