Alhamdullilah kami sampai ke kampung Rajang dan singgah ke Masjid untuk menunaikan solat zohor. Tepat jam 1.30 petang kami berangakat ke Rumah Tenunan Songket yang tidak jauh dari masjid. Kami ditemani wanita PPWS Kampung Belawai dan begitu meriah sekali.
Kumpulan Tenun Songket Rejang telah ditubuhkan pada 24.4.1991. Penubuhan kumpulan tenun adalah bertujuan untuk mengetengahkan dan mempromosikan kesenian tersebut di samping mengekalkan kesinambungan seni tenun yang hampir dilupa. Difahamkan mereka dapat bimbingan /perhatian daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Syabas kepada badan tersebut. Semoga Tenunan Songket ini terus maju/berkembang dari masa ke semasa...insya-Allah.
Gambar sewaktu kami di Rumah Tenunan Rejang.
Sekian.
Suntingan : Pengerusi JKK Publisiti
Perkim Cawangan Sibu.