Sunday, January 15, 2012

Kunjungan Mesra Ke kampung Belawai 15.1.2012

Assalamualaikum WBT

Aktiviti Perkim JKK Dakwah

Belum terlambat lagi kita mengucapkan selamat Tahun Baru 2012 untuk semua dan semoga mendapat keberkatan/kemajuan dalam semua urusan dunia dan akhirat, insyaAllah.

Kampung Belawai terletak di Bahagian Sarikei, Sarawak.  Kampung yang sinonim dengan udang harimau ini kebanyakkannya diduduki masyarakat melanau.  Ia berjiran dengan kampung Jerijeh dan kampung Rajang.  Udang kering merupakan salah satu produk  yang begitu laris dijual selain dari ikan segar dan ikan kering. Daerah Kecil ini, kini di bawah pentadbiran Daerah Mukah.

Kunjungan ke Belawai membuka tirai aktiviti Perkim JKK Dakwah yang dipengerusikan oleh Pn. Hajah Sharifah Halimah Tuanku Pauzi.
Sejurus kami tiba di Belawai kami menuju ke kampung di mana kita melihat orang-orang kampung sibuk berjual-beli dan melayan kerenah pengunjung2 yang membeli produk hasil laut dan darat. 

Misi awal kita ialah membuat kunjungan mesra / mengeratkan silatulrahim antara dua persatuan, Persatuan Perkumpulan Wanita Kampung Belawai dan Perkim Cawangan Sibu. Kami disambut begitu mesra sekali. Terima kasih.

Sebelum ke destinasi seterusnya kita tidak dibiarkan kelaparan. Kami dijamu dengan makanan yang begitu lazat sehingga menjilat jari. Rezeki dari Allah. Terima kasih sekali lagi.

Tepat jam 12 tengahhari kami memulakan perjalanan ke Kampung Rajang.  See you there in the next chapter.

Tidak lengkap jika tidak memuat turunkan foto-foto yang kita ambil semasa di Belawai.  Check it out...



































Suntingan : Pengerusi JKK Publisiti

Wednesday, August 17, 2011

Majlis Berbuka Puasa - 15.8.2011 / 15 Ramadan 1432H


YB Abu Seman Jahwie berucap di majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Masyarakat, Saudara Kita & Anak-anak Yatim



Camera shy....an old granny performing solat terawih and still strong....what about us? Should do better.





Solat terawih di surau Darul Qaramah (Temenggong Wan Hamid's residence)





Waktu berbuka puasa.....hungryyyy




Ustaz Anas bin Jamaludin daripada Biro Bantuan Guaman, Sibu menerima cenderahati daripada Pengerusi Dakwah, Hjh Sh. Halimah Tuanku Fauzi




YB Abu Seman Jahwie menerima cenderahati daripada Pengerusi Dakwah, Hjh. Sh. Halimah Tuanku Fauzi



Sumbangan untuk anak-anak Yatim.






Si kecil begitu ceria sekali menerima sumbangan daripada pihak Perkim





Untuk kenangan, bergambar beramai-ramai bersama anak-anak yatim



Jelas sekali wajah si comel nampak ceria....semoga mereka menjadi anak yang berjaya/soleh/solehah pada suatu hari nanti insyaAllah.








Perkim Cawangan Sibu dan dan Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa(Sibu) Sarawak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Masyarakat, Saudara Kita dan Anak-anak Yatim bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak.
Yang Berhormat Saudara Abu Seman Jahwie diundang untuk menghulur sedikit bantuan dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan jelas sekali di ruang Surau Darul Qaramah kedengaran suara anak-anak yang begitu riang/seronok/gembira kerana akan mendapat duit raya.
Selain berbuka puasa majlis tersebut juga mengadakan solat maghrib, isya’ dan terawih bersama-sama Ketua Masyarakat, Saudara Kita dan Anak-anak Yatim.
Marilah kita sama-sama menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat berkumpul di Surau Darul Qaramah dalam satu majlis kebajikan tahunan anjuran bersama JKK Dakwah Perkim Cawangan Sibu dan Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa (Sibu) Sarawak iaitu majlis berbuka puasa bersama-sama Ketua Masyarakat, Anak-anak Yatim Dan Saudara Kita.

Seperti yang kita semua sedia maklum, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan ini amalan kita diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah swt. Terutamanya malam lailatul kadar yang lebih baik dari seribu bulan. Justeru itu, sebagai mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, maka Perkim Cawangan Sibu dan Perguruan Silat Helang Putih Perkasa (Sibu) Sarawak mengambil inisiatif mengadakan majlis seumpama ini.

Majlis diadakan adalah untuk tujuan menyampaikan sedikit bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim. Diharap dengan bantuan dan sumbangan tersebut, bulan ramadan dan seterusnya syawal yang menjelang akan menjadi lebih bermakna kepada mereka dan dapat disambut dalam suasana yang lebih ceria.

Bagi pihak warga Perkim Cawangan Sibu kami mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sekian.

Suntingan
Pengerusi JKK Publisiti & Penerbitan

Monday, August 08, 2011

Ramadan Al-Mubarak 1432

Alhamdulillah, Ramadan kembali menjelma. Ia bulan yang penuh dengan keberkatan dan keagungan. Ia bulan puasa, bulan tilawah, bulan tarawih dan bulan sedekah.

Sempena bulan yang sangat mulia ini, kami mengucapkan selamat berpuasa, dan semoga ibadah kita sepanjang bulan ini diterima Allah sebagai amalan soleh.

Suntingan JKK Publisiti

Monday, July 25, 2011

SEMINAR CAKNA DIRI REMAJA

Assalamualaikum sdra muslimin/muslimah yang dirahmati Allah

Aktiviti pada bulan Julai 2011

JKK Dakwah dan JKK Pendidikan bergabung tenaga menganjurkan Seminar Cakna Diri Remaja pada 24 Julai 2011 yang berlokasi di Hotel Premier Sibu. Alhamdulillah program tersebut berjalan dengan lancar.

Cakna bermaksud mengambil berat atau perihatin. Seperti yang kita ketahui remaja masakini ramai yang bermasalah. Antara punca kenapa mereka bermasalah : Institusi kekeluargaan yang goyah, pengaruh rakan sebaya, pegangan agama yang rapuh, pengaruh media massa (media cetak, media elektronik, internet dll) dan sikap remaja itu sendiri.

Perkim Cawangan Sibu telah mengambil inisiatif menganjurkan program Cakna Diri Remaja dan matlamat Perkim adalah untuk membentuk ahlak yang mulia, berjaya hidup di dunia dan di akhirat kerana MEREKA ADALAH HARAPAN NEGARA MELENGKAPKAN DIRI MEREKA UNTUK MENJADI PELAPIS GENERASI AKAN DATANG ...

USIA REMAJA PENUH CABARAN
SETIAP DETIK PERLU KEPUTUSAN
SESETENGAH KEPUTUSAN PERLU DI BINCANG
TANPA PENGAWASAN KEPUTUSAN PINCANG

Gambar Remaja Kita:






Gambar yang lain kita sediakan dalam bentuk slide

Sekian.

Suntingan Publisiti & Penerbitan

Salam hormt dari JKK Publisiti

Sunday, February 06, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 19 PERKIM Cawangan Sibu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu sekali lagi telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 19 dan sekali gus memilih ahli jawatankuasa baru bagi penggal 2011 hingga 2012. Tahniah kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kerana menang tanpa bertanding. Barisan AJK yang baru: Hjh Aminah Amat, Hjh Halalah Dawi, Hjh Sh. Fatimah Hj Wan Hamid, Hjh Sh. Halimah Tuanku Fauzi dan Fatimah Hj. Narawi. Semoga diberkati Allah ke arah perjalanan kebajikan yang tiada noktah.







Suntingan : Publisiti

Sunday, January 03, 2010

Saturday, December 26, 2009

Sri Kenangan









Tanggal 18.12.2009(PERKIM Cawangan Sibu) telah membuat lawatan ke rumah orang tua Sri Kenangan di Sibu. Tujuan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara insan warga emas dengan masyarakat luar.Menurut Pusat ini mereka sentiasa mengalu-alukan lawatan dan sumbangan seumpamanya daripada pihak luar supaya warga tua yang tinggal di situ tidak berasa terasing dan dilupakan oleh masyarakat. JKK Publisiti merakam bebrapa gambar orang-orang tua dan berpeluang juga merakam mereka menari poco-poco 'ala kadar'. Agak lucu melihat telatah mereka sanggup naik ke pentas menari tak perlu diundang. Agaknya mereka ketika muda memang dah ada pengalaman menari, bukan poco2 tetapi ago-ago.

Pada hari lawatan tersebut kami berpuas hati melihat keadaan dan tempat mereka. Semua cukup termasuk tempat beriadah, gym khas untuk warga tua. Apa yang kami nampak keadaan sekeliling atau kawasan begitu bersih sekali, dapur dan dewan makan begitu teratur dan bersih. Kedatangan rombongan kami (PERKIM) memberi reaksi yang ceria diwajah mereka. Kami mendengar 'bell' dicanang beberpa kali menunjukkan ada pelawat yang datang. Mereka berpusu-pusu datang sambil mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka sungguh berdisiplin. Kami difahamkan mereka tidak 'kesunyian' kerana rumah Sri Kenangan menjadi tumpuan lawatan kepada sesiapa yang ingin melawat.

Setiap bermula akan berakhir. Hampir pukul lima petang kami bersurai sambil melambai-lambai tangan kearah mereka menandakan lawatan kami sudah berakhir.

Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.

Sekian

Wassalam

Suntingan: JKK Publisiti