Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKIM


Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari PERKIM bertempat di rumah PERKIM Jalan Awang Ramli Amit Sibu.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk mengabadikan semula tanggal 8 Februari 1903 tarikh kelahiran Putera Diraja Negeri Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga dijadikan sempena Hari PERKIM.

Almarhum Tunku Abdul Rahman tercatat sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan juga “Bapa PERKIM”, Pertubuhan yang diasaskan di kediaman rasmi Almarhum, di Jalan Tunku Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960, tiga tahun selepas kemerdekaan Negara Malaysia.

Majlis Hari PERKIM ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz selaku Pengerusi PERKIM Cawangan Sibu. Turut hadir Timbalan Pengerusi Puan Hajah Khairiah Haji Ibrahim, Setiausaha Kehormat Puan Rosaline De Rozario, Penolong Setiausaha Kehormat Puan Jamelah Imit, Bendahari Kehormat Puan Fatimah Haji Narawi dan Ahli-ahli Majlis jawatankuasa kecil. Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin.















Majlis Kesyukuran telah diadakan di Rumah PERKIM Cawangan Sibu sempena menyambut Hari PERKIM.

Program dimulakan dengan membaca Yassin yang diketuai oleh Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz.
















Untuk mengenang jasa baik khidmat bakti orang lama dalam Perkim, tiga orang ahli Perkim telah menerima cenderahati. Mereka ialah Pemanca Hajah Sharifah Mariam Syed Junaidi, Cigku Hajah Ramlah Dawi dan Hajah Sharifah Aminah Syed Junaidi


Aktiviti Pertama (2009) Daripada AJK Sosial & Riadah Yang Diketuai Oleh Hjh Aminah Amat














Selain menyambut hari PERKIM, JKK Soaial dan Riadah mengambil kesempatan mengadakan demonstrasi membuat jelly buah-buahan.





Serbuk Jelly Konnayaku perisa buah-buahan (Boleh didapati di Ta Kiong Emporium)








Sebelum





Selepas








Sebelum bersurai kita minum duluuuu.








Slurpppp..... sodapnyeee....

















Setiap yang bermula akan berakhir, yang patah akan tumbuh dan hilang akan berganti.

Sekian, kita akan berjumpa lagi di masa akan datang insyaAllah.

Laporan & Suntingan:

AJK Publisiti

Tuesday, February 17, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 17 - 2009



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdullillah.....sekali lagi Mesyuarat Agung Tahunan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Januari 2009 bersamaan 21 Muharram 1430H jam 2 petang di Hotel Premier, Sibu.

Seramai 125 orang ahli PERKIM hadir pada mesyuarat tersebut. Setiap 2 tahun sekali kita mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru. Turut dipertandingkan jawatan Pengerusi dimana sebelum ini diterajui oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz yang bermula pada tahun 2007 hingga 2008. Tahun ini jawatan Timbalan Pengerusi menang tanpa bertanding. Jawatan pergerusi ditandingi oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz dan lawannya ialah Puan Hajah Raden Siti Noralam Raden Ibrahim. Datin Hajah Sharifah Zaidah memperolehi 82 undi manakala Hajah Raden Siti Noralam mendapat 40 undi. 3 undi rosak.

SENARAI AHLI MAJLIS UNTUK SESI TAHUN 2009 - 2010

PENGERUSI

Yang Berbahagia Datin Hajah Sharifah Zaidah Binti Syed Abdul Aziz

PENGERUSI TETAP

Pemanca Hajah Sharifah Mariam Binti Syed Junaidi

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Cikgu Hajah Ramlah Binti Dawi

TIMBALAN PENGERUSI

Puan Hajah Khairiah Binti Haji Ibrahim

SETIAUSAHA KEHORMAT

Puan Fatimah binti Haji Logie @ Rosaline De Rozario

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

Puan Jamelah Binti Imit

BENDAHARI KEHORMAT

Puan Fatimah Binti Haji Narawi

SENARAI AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KECIL

Hajah Sharifah Halimah Binti Tuanku Fauzi : Dakwah
Hajah Rokiah Binti Rapa'ee : Kebajikan
Hajah Fatimah Halalah Binti Dawi : Pendidikan
Hajah Sharifah Fatimah Binti Wan Hamid : Kutipan Derma & Jamuan
Hajah Aminah Binti Amat : Sosial dan Riadah
Wylia Binti Haji Awi : Penerbitan & Publisiti

Tahniah kepada semua anggota majlis yang dipilih. Semoga yang dilantik dapat
bekerjasama di antara satu sama lain dan sentiasa menaruh dalam minda cogankata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.

Salam hormat AJK: Pengerusi Penerbitan & Publisiti